Pendang: Mengerikan apabila
kepala seorang lelaki pecah dipercayai terhimpit dengan beberapa karton minuman
keras yang dimuatkan dalam pacuan empat roda Toyota Hilux selepas kenderaan
dipandunya itu melanggar belakang sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer
55.7, Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 5.40 pagi,
anggota bomba terpaksa mengutip cebisan otak mangsa berusia 30 tahun dan
berasal dari Jitra yang tidak bernyawa di dalam kenderaan itu.
Difahamkan, kenderaan Toyota Hilux terbabit sarat
dengan minuman keras dipercayai dalam perjalanan dari Alor Setar menuju ke
Sungai Petani sebelum melanggar belakang sebuah treler membawa muatan simen
dari arah sama menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kenderaan itu dikatakan gagal mengelak treler terbabit yang secara tiba-tiba memasuki lorong kanan menyebabkannya terus melanggar bahagian belakang kenderaan berat berkenaan.
Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kenderaan itu dikatakan gagal mengelak treler terbabit yang secara tiba-tiba memasuki lorong kanan menyebabkannya terus melanggar bahagian belakang kenderaan berat berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Alor
Setar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Izham Abdul Rahim berkata, pihaknya
menerima panggilan jam 5.58 pagi dan dimaklumkan mangsa parah akibat tersepit dalam
kenderaan.
ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kemalangan, semalam.
sumber dari
myMetro
Diharap pemandu ini bukan orang islam..
ReplyDelete