Balik Pulau: Mahkamah
Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman sebulan penjara dan denda
RM5,000 terhadap enam individu yang terbabit dalam rakaman video sukan bogel di
Teluk Kampi, Teluk Bahang.
Majistret Muhammad Najib
Ismail menetapkan hukuman itu selepas semua enam peserta berkenaan mengaku
bersalah sejurus kertas pertuduhan dibacakan. Mahkamah juga menetapkan
penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.
Seorang daripada tertuduh yang merakam aksi bogel terbabit turut dikenakan hukuman enam bulan penjara terhadap satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 292.Terdahulu, 10 individu yang ditahan polis dihadapkan ke mahkamah hari ini dan empat daripadanya mengaku tidak bersalah.
Muhammad Najib kemudian menetapkan wang jaminan berjumlah RM4,000 setiap seorang masing-masing dengan seorang penjamin.
Beliau juga menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 16 Oktober ini terhadap empat tertuduh yang tidak mengaku salah. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Edward Chan.
ENAM individu terbabit rakaman video sukan
bogel. FOTO Danial Saad
sumber dari
myMetro
No comments:
Post a Comment