KUALA LUMPUR: "Dia sudah
berpunya, tak mungkin saya akan kacau perhubungan itu," demikian ungkapan
pelakon utama Rindu Awak 200 %, Ayda Jebat mengenai gosip mengaitkan dirinya
dengan Zul Ariffin, gandingannya dalam drama berkenaan.
Malah pelakon yang pernah
menyertai Akademi Fantasia musim kesembilan itu tidak pernah terlintas langsung
untuk merosakkan kebahagiaan orang sekalipun beliau masih solo.
Baginya tidak pernah wujud
terma cinta lokasi secara serius membabitkan mereka.
Kehangatan drama adaptasi novel popular ini yang
bersiaran menerusi slot Akasia TV3 ini turut memberi tempias kepada gandingan
pelakon utamanya. Malah ada peminat yang mahu mereka bercinta di alam realiti.
Cuma bagi Ayda, beliau melihat gosip sebegitu tak lebih
daripada usikan manja untuk menghangatkan lagi drama itu.
"Bagi saya, apabila berlakon yang memerlukan emosi
percintaan, perasaan itu perlu kerana sebagai pelakon kita mahu menyampaikan
apa yang dirasai. Kalau ada yang suka itu bererti watak Armel Aisya dan Zill
Faezrul Iqbal (Zul Ariffin) berjayalah.
"Malah saya berpendapat cinta lokasi itu wujud
tapi semuanya atas tuntutan kerja. Tidaklah sampai bercinta. Saya tahu dia ada
kekasih. Dalam yang suka, adatlah yang tak suka gandingan kami.
"Saya ada menerima emel yang tak suka kalau wujud
hubungan cinta serius antara kami. Tapi bahasa yang digunakan dalam emel itu
baik sampai saya tersengih membacanya. Saya faham apa yang mereka tulis itu dan
saya tak tergamak jadi orang ketiga," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ayda kini sudah bergelar duta
kepada produk Aura White untuk rangkaian produk Aura White Bubbly bagi kelompok
sasaran remaja berusia 13 hingga 25 tahun. Ayda mengakui tawaran itu
diterimanya hasil impak drama Rindu Awak 200 %.
"Saya difahamkan memang ketika itu pihak Aura
White mahu artis remaja dan kebetulan mereka menonton drama Rindu Awak 200 %.
Saya melihat semua ini sebagai rezeki terpijak selepas tiga tahun mencuba nasib
dalam dunia seni.
"Sebelum drama ini pun saya sudah membintangi
banyak drama. Tapi tuah saya bermula dengan drama ini yang banyak membuka
peluang saya kepada pendedahan serta promosi di TV dan bersama media.
"Ini juga drama pertama saya di TV3 untuk watak
utama. Sebelum ini saya ada berlakon drama Anugerah Terindah juga di saluran
sama tetapi hanya watak pembantu. Biarpun ada yang mempertikaikan saya tak
layak jadi heroin, saya ambil semuanya dari sudut positif serta pembakar
semangat," katanya.
Biarpun sudah dianggap bertuah meraih populariti
segera, Ayda menyifatkan elemen itu tidak akan langsung mengubahnya jadi besar
kepala dan lupa diri.
"Saya jalani hidup ini macam biasa saja. Macam
dulu. Tapi saya selesa jadi diri sendiri. Saya jenis yang banyak cakap dan suka
gelak. Pendek kata saya jenis yang 'gila-gila'," katanya.
sumber dari
No comments:
Post a Comment