Tuesday, September 9, 2014

100 rumah jadi abu

Tawau: Dianggarkan sebanyak 100 rumah setinggan musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut, petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Mohd Affendy K Ramin berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.20 petang.

"Kebakaran membabitkan rumah setinggan dan seramai 37 anggota bomba bersama tiga jentera dikejar ke lokasi kejadian.

"Setakat ini, operasi memadamkan api masih dilakukan dan dilaporkan belum dapat dikawal," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.


Bagaimanapun, Affendy berkata tiada mangsa dilaporkan setakat ini dan pihak bomba masih bertungkus lumus mengawal kebakaran.

ANTARA rumah yang terbakar. FOTO Norasikin Daineh

sumber dari
myMetro

Kuari rentap nyawa

Kuantan: Dua pekerja warga asing maut manakala seorang lagi masih belum dapat dikeluarkan apabila tertimbus dalam runtuhan batu di kuari FELDA Bukit Sagu 4, dekat sini, lewat petang semalam.

Mangsa terbunuh adalah warga Indonesia dikenali sebagai Rudi Hartono, 30 dan Tang Yang Siew, 25, dari Myanmar manakala seorang lagi mangsa masih belum ditemui Cecep Rubiyanto, 22 (Indonesia)

Kedua-dua mayat terbabit ditemui di antara 7 dan 9.20 malam tadi.

Difahamkan, kejadian 5 petang itu berlaku apabila dua pekerja yang berada di atas bukit pada ketinggian kira-kira 50 meter dalam perjalanan turun selepas melakukan kerja.
Namun, mereka berpatah balik ke atas bukit berkenaan untuk mengambil barang.

LOKASI kejadian runtuhan kuari.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba berlaku runtuhan menyebabkan dua mangsa tertimbus di atas bukit.

Seorang lagi pekerja dipercayai pemandu jentera pengorek berada di bawah bukit cuba menyelamatkan diri dengan terjun dari jentera berkenaan namun gagal dan dia turut tertimbus. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, anggotanya bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat berhubung kejadian.

"Sehingga ini, pasukan penyelamat masih berusaha mengeluarkan seorang lagi mangsa yang tertimbus," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

LOKASI kejadian runtuhan kuari.

sumber dari
myMetro

Sunday, September 7, 2014

Menangis sampai buta

Kuala Terengganu: “Fatimah buta kedua-dua matanya akibat sering menangis apabila teringatkan arwah ibunya yang meninggal dunia 18 tahun lalu,” kata Asmah Salleh, 59, menceritakan kisah hidup sepupunya, Fatimah Sulaiman, 71, yang buta kedua-dua belah mata sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, Fatimah sering termenung dan kemurungan sehingga jatuh sakit akibat teringatkan arwah ibunya dan kesannya 10 tahun lalu, matanya tidak mampu lagi melihat. 


Fatimah hilang penglihatan selepas kematian ibu tersayang.

“Akibatnya keseluruhan kehidupannya berubah selepas tidak lagi mampu melihat seperti sebelumnya dan hanya bergantung hidup kepada keluarga saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Ladang Sahat, di sini, semalam.



Menurutnya, walaupun buta, namun sepupunya itu mampu menguruskan diri sendiri dan dia hanya membantu menyediakan makanan harian sahaja kepada warga emas berkenaan.

“Fatimah tinggal bersendirian bersebelahan rumah saya, namun bagi menjamin keselamatannya, saya terpaksa mengunci rumah berkenaan.

sumber dari
myMetro