Tuesday, September 9, 2014

Kuari rentap nyawa

Kuantan: Dua pekerja warga asing maut manakala seorang lagi masih belum dapat dikeluarkan apabila tertimbus dalam runtuhan batu di kuari FELDA Bukit Sagu 4, dekat sini, lewat petang semalam.

Mangsa terbunuh adalah warga Indonesia dikenali sebagai Rudi Hartono, 30 dan Tang Yang Siew, 25, dari Myanmar manakala seorang lagi mangsa masih belum ditemui Cecep Rubiyanto, 22 (Indonesia)

Kedua-dua mayat terbabit ditemui di antara 7 dan 9.20 malam tadi.

Difahamkan, kejadian 5 petang itu berlaku apabila dua pekerja yang berada di atas bukit pada ketinggian kira-kira 50 meter dalam perjalanan turun selepas melakukan kerja.
Namun, mereka berpatah balik ke atas bukit berkenaan untuk mengambil barang.

LOKASI kejadian runtuhan kuari.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba berlaku runtuhan menyebabkan dua mangsa tertimbus di atas bukit.

Seorang lagi pekerja dipercayai pemandu jentera pengorek berada di bawah bukit cuba menyelamatkan diri dengan terjun dari jentera berkenaan namun gagal dan dia turut tertimbus. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, anggotanya bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat berhubung kejadian.

"Sehingga ini, pasukan penyelamat masih berusaha mengeluarkan seorang lagi mangsa yang tertimbus," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

LOKASI kejadian runtuhan kuari.

sumber dari
myMetro

No comments:

Post a Comment