Kuala Lumpur: Kejadian serangan sakit
jantung mendadak terhadap beberapa mangsa lelaki akhirnya membongkar kegiatan
penjualan pelbagai produk kopi beracun yang dikesan mengandungi kimia
berbahaya.
Kewujudan pelbagai produk kopi campuran dihasilkan
syarikat ‘hantu’ ini dikesan kian berleluasa apabila ia mudah dibeli dengan
harga RM5 sebungkus.
Menyedari bahaya produk kopi campuran ini yang
mengandungi kimia analog sibutramine dan taladafil, Cawangan Penguat Kuasa
Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melakukan
operasi besar-besaran bagi merampas produk itu di pasaran petang semalam.
Dalam operasi bermula jam 3 petang itu, sepasukan 90 pegawai CPF diketuai Ketua CPF Kuala Lumpur Asniza Alias menyerbu 23 premis menjual jamu dan ubat-ubatan tradisional di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.
Dalam operasi bermula jam 3 petang itu, sepasukan 90 pegawai CPF diketuai Ketua CPF Kuala Lumpur Asniza Alias menyerbu 23 premis menjual jamu dan ubat-ubatan tradisional di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.
PEGAWAI Cawangan Penguat Kuasa Farmasi menunjukkan kopi ‘maut’ yang dirampas dalam serbuan di Jalan Tunku Abdul Rahman petang semalam.
Ketika operasi dilakukan, pegawai CPF mendapati
rata-rata kedai yang diserbu menjual peket kopi jenama Kopi Panggung dan Kopi
Jantan kepada orang ramai.
Paket kopi diharamkan itu digantung di hadapan premis dengan kebanyakannya mendakwa dicampur herba Tongkat Ali dan pelbagai herba lain.
sumber dari
myMetro
Kandungan yang sama digunakan dalam pembuatan viagra..
ReplyDeleteInterestiing read
ReplyDelete