KUCHING:
Jenazah Allahyarham Tambi Jiee, 49, yang terkorban dalam tragedi pesawat
malang, MH17, di Timur Ukraine, 17 Julai lalu selamat tiba di Pangkalan Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching, di sini, sebentar tadi.
Ketibaan jenazah menggunakan pesawat Hercules C-130 sejurus tiba di
Kompleks Bunga Raya, KLIA Sepang dari Amsterdam, Belanda kira-kira jam 6.30
pagi tadi disambut Yang Di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh
Puan Raghad Kurdi Taib.Turut mengiringi jenazah ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Jenazah kemudiannya diberikan penghormatan oleh 12 pegawai dan anggota
dari Batalion Ke-4 Kor Armor Diraja (KAD) sebelum dibawa ke Masjid Jamek, Petra
Jaya untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan bersebelahan pusara isterinya,
Ariza Ghazalee, 46, dan anak sulung mereka, Muhammad Afif, 19, yang dibawa
pulang ke tanah air pada 22 Ogos lalu sempena Hari Perkabungan Negara.
Turut
terkorban dalam tragedi 55 hari lalu ialah tiga lagi anak pasangan itu iaitu
Muhamad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhamad Afruz, 13.
Bagaimanapun
sehingga kini, identiti jenazah ketiga-tiga anak pasangan terbabit masih dalam
proses pengecaman oleh pasukan forensik antarabangsa di Hilversum, Belanda.
Pada 17
Julai lalu, sebuah pesawat MAS membawa 283 penumpang termasuk 15 anak kapal
ditembak jatuh dipercayai menggunakan peluru berpandu anti-pesawat di Grabovo,
Donestk berhampiran sempadan Russia - Romania, ketika dalam penerbangan dari
Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Lokasi
kejadian yang berada dalam zon peperangan antara Tentera Ukraine dan kumpulan
pemberontak Pro-Russia menyebabkan kelewatan proses membawa keluar mayat dan
prosedur siasatan.
sumber dari
Berita Harian
No comments:
Post a Comment