Teka teki kepada status pertunangan pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein akhirnya terjawab apabila dia bakal melangsungkan majlis pernikahannya pada 9 November ini bersama pengarah, Azmi Hatta. Manakala hari sebelumnya akan diadakan majlis adat berinai kecil yang akan dihadiri saudara mara terdekat sahaja.
Sebelumnya, pelantun lagu 'Sabarlah Hati' ini pernah memaklumkan Media Hiburan yang dia akan berkahwin pada September namun terpaksa ditunda ekoran beberapa sebab. Dan akhirnya, satu tarikh muktamad telah ditetapkan.
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini juga, Elly hanya akan mengadakan majlis pernikahan bagi menghormati pemergian ibunya yang telah meninggal dunia pada 11 Mei lalu. Tahniah diucapkan.
sumber dari
http://mediahiburan.karangkraf.com/
No comments:
Post a Comment