Kuala Terengganu: “Fatimah buta kedua-dua
matanya akibat sering menangis apabila teringatkan arwah ibunya yang meninggal
dunia 18 tahun lalu,” kata Asmah Salleh, 59, menceritakan kisah hidup
sepupunya, Fatimah Sulaiman, 71, yang buta kedua-dua belah mata sejak 10 tahun
lalu.
Menurutnya, Fatimah sering termenung dan kemurungan
sehingga jatuh sakit akibat teringatkan arwah ibunya dan kesannya 10 tahun
lalu, matanya tidak mampu lagi melihat.
Fatimah hilang penglihatan selepas kematian ibu tersayang.
“Akibatnya keseluruhan kehidupannya berubah selepas
tidak lagi mampu melihat seperti sebelumnya dan hanya bergantung hidup kepada
keluarga saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Ladang Sahat, di sini,
semalam.
Menurutnya, walaupun buta, namun sepupunya itu mampu menguruskan diri sendiri dan dia hanya membantu menyediakan makanan harian sahaja kepada warga emas berkenaan.
Menurutnya, walaupun buta, namun sepupunya itu mampu menguruskan diri sendiri dan dia hanya membantu menyediakan makanan harian sahaja kepada warga emas berkenaan.
“Fatimah tinggal bersendirian
bersebelahan rumah saya, namun bagi menjamin keselamatannya, saya terpaksa
mengunci rumah berkenaan.
sumber dari
myMetro
No comments:
Post a Comment