Georgetown: Suasana pilu mengiringi
perjalanan terakhir pramugara pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Sanjid
Singh Sandhu, 41, apabila abu mayatnya ditabur ke laut berhampiran perairan
Pulau Rimau, di sini, semalam.
Sebelum upacara itu, bapa mendiang, Jijar Singh, 71,
dilihat memegang bekas abu mayat anaknya yang tiba di jeti Jabatan Laut Wilayah
Utara di Batu Uban, di sini, jam 9.40 pagi.
Jijar yang kelihatan sugul ditemani isteri mendiang,
Tan Nee Gok, 43, anak tunggal pasangan itu, Hans Singh Sandhu, 10, dan beberapa
ahli keluarga mangsa.
AHLI keluarga mendiang Sanjid menabur abu mayat berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Pulau Rimau, semalam.
Tan yang dilihat tenang pada awalnya kemudian gagal menahan kesedihan sebaik bekas abu mayat mendiang suaminya dibawa menaiki bot Pasukan Polis Marin (PPM) menuju ke tempat persemadian terakhirnya.
Upacara berkenaan selesai jam 10.25 pagi.
Turut hadir pada upacara berkenaan ialah Timbalan Ketua
Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan serta dua EXCO kerajaan negeri, Jagdeep
Singh Deo dan Phee Boon Poh.
sumber dari
myMetro
No comments:
Post a Comment