Tawau:
Dianggarkan sebanyak 100 rumah setinggan musnah dijilat api dalam kejadian
kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut, petang tadi.
Pegawai
Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Mohd
Affendy K Ramin berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung
kejadian itu pada jam 6.20 petang.
"Kebakaran
membabitkan rumah setinggan dan seramai 37 anggota bomba bersama tiga jentera
dikejar ke lokasi kejadian.
"Setakat ini, operasi memadamkan api masih dilakukan dan dilaporkan belum dapat dikawal," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
"Setakat ini, operasi memadamkan api masih dilakukan dan dilaporkan belum dapat dikawal," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Bagaimanapun,
Affendy berkata tiada mangsa dilaporkan setakat ini dan
pihak bomba masih bertungkus lumus mengawal kebakaran.
ANTARA rumah yang terbakar. FOTO Norasikin Daineh
sumber dari
myMetro
No comments:
Post a Comment